KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada sebuah premis perniagaan semasa menjalankan operasi bersepadu di Jalan Silang, Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ketiga-tiga anggota yang berumur 26, 30 dan 35 tahun itu direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
"Pada 12.36 tengah malam Jumaat lepas, polis menerima laporan tentang kehilangan wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis perniagaan di Lebuh Pudu di sini, semasa operasi bersepadu membanteras warga asing yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
"Kes ini masih dalam siasatan dan orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kegusaran awam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bernama difahamkan ketiga-tiga anggota terbabit dirakam melakukan penggeledahan di premis berkenaan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang, bagaimanapun tidak memasukkannya dalam laporan.
Hasil penahanan itu, difahamkan polis turut merampas wang tunai RM63,500, sebuah kereta Perodua Myvi, dua telefon bimbit dan resit pembayaran bagi pembelian tayar dan penyelenggaraan kenderaan.
Dalam operasi bersepadu di Jalan Silang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu, sebanyak 1,101 warga asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen antaranya tiada dokumen perjalanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Dalam operasi bersepadu di Jalan Silang Khamis lepas, sebanyak 1,101 warga asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen. - Gambar/ Sinar Harian
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Tiga anggota polis PGA didakwa curi wang RM85,000 dalam premis perniagaan
L/Kpl Mohamad Adib Mohd Zafri, L/Kpl Mohamad Amirul Aiman Mamat dan Kpl Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi masing-masing mengaku tidak bersalah.
Kes curi RM85,000: Tiga anggota polis disambung reman
Tiga anggota polis yang ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes kecurian RM85,000 di sebuah premis di Lebuh Pudu dalam satu operasi, disambung reman.
'Mini Dhaka': Lesen peniaga dibatal, digantung jika sewa premis kepada warga asing
DBKL akan membatalkan atau menggantung sementara lesen peniaga di Jalan Silang yang menyewakan premis mereka kepada warga asing.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.